Thursday, January 12, 2012

Alhamdullillah akhirnya jawatankuasa JMB yang telah dilantik telah mula menjalankan kerja-kerja pengurusan dengan bantuan dan kerjasama dari rakan-rakan yang lain. Terima kasih kepada pemilik unit yang telah mula membayar yuran penyelenggaraan untuk bulan Januari 2012. Kutipan setakat ini dalam 70% dimana masih lagi dibawah KPI yang telah ditetapkan iaitu 80% dari jumlah penduduk. Untuk mencapai jumlah yang disasarkan, JMB akan cuba membuat kutipan dari rumah kerumah bagi pemilik yang enggan membayar yuran tersebut.

Atas keprihatinan dan idea yang diberikan, beberapa perkara berkenaan penyelenggaraan serba sedikit dapat dilaksanakan walaupun JMB bermula tanpa modal atau wang pusingan.

Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang telah diselesaikan :
  • Membaiki kedua-dua lif agar dapat berfungsi sebelum musim persekolahan bermula.
  • Membaiki masalah lampu disetiap laluan tingkat dan tangga yang tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
  • Membaiki masalah paip bocor yang menyebabkan air melimpah ke tangga dan lif.
Kerja-kerja pembaikan yang masih lagi dalam proses iaitu :
  • Membaiki kedua-dua tangki air yang bocor (pembaikan akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri selangor).
  • Membaiki kebocoran paip kumbahan (pembaikan akan dibuat oleh pemaju).
Kerja-kerja susulan dengan majlis bandaran :
  • Kerja-kerja pembersihan sampah dijalan keluar-masuk disekitar bangunan Blok F
  • Kerja-kerja pembersihan sampah dan pemotongan rumput di taman permainan
  • Kerja-kerja semburan nyamuk
  • Kerja-kerja kutipan sampah domestik
  • Kerja-kerja menurap jalan keluar-masuk (berlobang)