Tentang Kami



Apartmen Medan Jaya telah mula dibangunkan pada tahun 2000 dengan matlamat untuk membantu kerajaan Negeri Selangor (Barisan Nasional) bagi mengurangkan kadar perumahan setinggan di Kampun Medan. Bangunan yang telah dibangunkan terdiri daripada 3 blok iaitu 2 blok kediaman (Blok D dan Blok F) dan 1 blok meletak kenderaan (Blok E). Memandangkan lokasi yang dibangunkan adalah lokasi yang strategik, berdekatan dengan pelbagai kemudahan antaranya perkhidmatan bas dan pengangkutan komuter, kesemua unit kediaman telah dijual termasuk petak meletak kenderaan di blok E.

Indah kabar dari rupa, itulah kata perumpamaan yang boleh diberi setelah bangunan yang dibeli dan didiami mengalami masalah demi masalah yang mula menganggu kehidupan harian penduduk. Pelbagai aduan telah dimaklumkan samaada melalui panggilan telefon dan surat menyurat tetapi tiada tindakan sewajarnya telah diambil oleh pihak pemaju. Alasan yang sentiasa diberi adalah kerana penduduk enggan dan tidak membayar yuran penyelenggaraan. Apabila soalan diajukan berkenaan tindakan yang telah diambil terhadap penduduk yang tidak membayar yuran penyelengaraan, pemaju hanya membisu seribu bahasa.

Atas permasalahan yang sentiasa membelenggu, inisiatif beberapa penduduk yang prihatin telah berusaha mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak yang berkaitan antaranya bersama YB Haniza Talha (ADUN Taman Medan), YB Hey Loy Sian (Parlimen Petaling Jaya Selatan), Megat Iskandar (Ahli Majlis Bandaran PJS 2) dan Unit Pesuruhjaya Bangunan, akhirnya jalan penyelesaian diambil dimana penduduk Blok F bersetuju mengambil alih pengurusan bangunan melalui proses lantikan AJK Jawatankuasa Bersama Penduduk dan Penduduk (JMB) Apartmen Medan Jaya Fasa 1.

Setelah melalui pelbagai proses lantikan dan peralihan, akhirnya JMB Apartmen Medan Jaya Fasa 1 telah dibenarkan menjalankan pengurusan bangunan oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan bermula pada bulan Januari 2012.

Pada asasnya JMB ini berjalan hanya untuk bangunan Blok F sahaja memandangkan tidak mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk Blok D. Setelah pelbagai masalah melanda di dalam unit Blok D, akhirnya segelintir penduduk Blok D yang prihatin telah bersetuju untuk mewujudkan AJK tambahan JMB bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan seterusnya membantu penduduk menjalankan kehidupan seharian dengan baik. AJK baru seramai 6 orang telah dilantik pada mesyuarat agung luar biasa yang telah diadakan pada bulan April yang lalu.

Sehingga kini, kesemua AJK yang telah dilantik telah menjalankan kerja-kerja pengurusan penyelenggaraan dengan baik. Kami mengharapkan prestasi ini dapat dikekalkan hingga lantikan baru pada AGM seterusnya.