Thursday, September 6, 2012

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2012



Semua penduduk dan penyewa unit kediaman bangunan Blok F Apartmen Medan Jaya dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka dan Ramah Mesra sempena Hari Raya 2012. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi jalinan silaturrahim antara penduduk disamping dapat berhimpun bersama-sama meraikan Hari Raya di bulan Syawal yang mulia ini. Berikut adalah butiran berkenaan majlis yang akan diadakan :

Tarikh : 8 September 2012
Masa : 9pm - 12pm
Tempat : Lobi Blok F

Bagi menceriakan suasana, penduduk digalakkan untuk hadir berpakaian lengkap Hari Raya serta membawa apa jua juadah bagi dihidangkan bersama. Insyallah selain menjamu selera, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh AJK JMB bagi menceriakan lagi suasana raya pada malam tersebut.