Friday, November 22, 2013

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai


Gambar hiasan sahaja

Sempena cuti sekolah yang telah tiba, program berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak penduduk Blok F telah dirancang dan akan dijalankan pada hari sabtu bersamaan 23hb November 2013 jam 12:00 tengahari. Program ini juga mendapat sokongan penuh dari pihak ADUN Taman Medan iaitu Pn Hajjah Haniza Talha. 

Inisiatif yang diambil oleh kumpulan ibu-ibu dan wanita ini selain mengeratkan silaturrahim diantara penduduk, ianya juga merupakan program dan aktiviti bersama secara berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni, tolong-menolong diantara satu sama lain dan ianya juga menjadi batu loncatan kepada perpaduan di dalam komuniti yang telah ada.

Diminta kerjasama dari penduduk bagi mengalihkan kereta di tempat meletak kenderaan yang akan diadakan aktiviti ini nanti. Ini bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan khemah, meja dan kerusi serta gotong-royong dalam penyediaan makanan. 

Monday, October 14, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 15 Oktober 2013 (Selasa) ini, kami AJK JMB mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA (Qurban) kepada penduduk yang beragama islam yang menetap di Blok D dan Blok F agar pengorbanan yang dilakukan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Taala.


Untuk makluman, aktiviti tahunan iaitu takbir malam raya akan diadakan dari rumah kerumah bermula dari tingkat 15 ke bawah dan gotong-royong penduduk bagi sembelihan haiwan Qurban pula akan dijalankan pada pagi hari raya (selepas sembahyang raya). Oleh yang demikian, kami menjemput kepada penduduk yang mempunyai kelapangan agar hadir ke tempat yang telah disediakan bersama-sama membantu dan bergotong-royong agar aktiviti yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim dan perpaduan diantara penduduk. 

GALERI XTVT QURBAN 2012








Monday, July 22, 2013

Aktiviti Gotong-Royong Mengecat Lobi dan Lif



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, aktiviti gotong-royong bagi mengecat kawasan lobi dan kedua-dua lif telah dijalankan pada hari sabtu dan ahad yang lalu (20/7/2013 & 21/7/2013). Atas ikatan ukhwah yang begitu kuat dan kerjasama yang diberikan, kerja-kerja mencantikkan kawasan lobi telah dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Tahniah kepada penduduk yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Diharap semua penduduk dapat merasa kelainan dan semangat raya dalam keadaan yang selesa.

Kami mengharapkan semua penduduk dapat menjaga harta bersama ini dengan memberi kerjasama iaitu tidak menconteng dan menampal sebarang iklan di dalam lif atau sekitar lobi. Sekiranya ada penduduk melihat aktiviti vandalisme yang dilakukan diharap dapat menghubungi AJK JMB untuk diambil tindakan. 





Monday, July 8, 2013

Majlis Kenduri Tahlil Arwah Sempena Ramadhan Al Mubarak


Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang hampir tiba, majlis kenduri tahlil arwah telah diadakan di tapak parkir bersebelahan bangunan Blok F pada hari sabtu bersamaan 6 Jun 2013 jam 9 malam. Selain doa selamat diadakan juga majllis tazkirah dan penyampaian ilmu oleh Ustaz Kamarudin (Imam surau Desa Mentari) kepada penduduk yang hadir.

Terima kasih kepada penduduk yang sudi menyumbang tenaga, wang ringgit, makanan dan minuman bagi menyempurnakan majlis ini. Diharap sumbangan ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Taala.

Tuesday, June 11, 2013

MESYUARAT AGUNG JMB APARTMEN MEDAN JAYA FASA 1


Adalah dimaklumkan kepada semua pemilik kediaman Blok D dan Blok F Apartmen Medan Jaya, mesyuarat agung lantikan AJK JMB bagi sesi 2013 akan diadakan seperti tertera di atas.

Diharap dapat meluangkan masa pada hari tersebut bersama-sama membantu dan melicinkan perjalanan lantikan AJK baru badan pengurusan 2013 sbagi menguruskan semua jenis penyelenggaraan bangunan untuk kebaikan bersama.

Monday, January 21, 2013

Tambahan parkir penduduk

Perhatian kepada penduduk Blok F

Merujuk kepada mensyuarat bersama penduduk yang telah diadakan pada hari jumaat 18 Januari 2013 jam 9.30 malam, salah satu agenda telah diusulkan iaitu menggunakan sejumlah wang JMB bagi membangunkan tapak meletak kenderaan di kawasan tanah JAIS dimana kawasan tersebut telah diamanahkan oleh pihak JAIS kepada pihak JMB untuk diusahakan. Keputusan sebulat suara telah dicapai dimana penduduk yang hadir telah bersetuju bagi JMB meneruskan projek tersebut untuk kemudahan penduduk. 

Untuk makluman, tujuan projek ini diusulkan, dipersetujui dan dijalankan ialah bagi memberi keselesaan kepada penduduk untuk memakir kenderaan masing-masing memandangkan kawasan meletak kenderaan yang sedia ada amat terhad dan menyebabkan laluan keluar-masuk terlalu sempit untuk dilalui.

Oleh yang demikian, kami mengharapkan penduduk memberikan kerjasama kepada pihak kami dengan memakir kenderaan di tempat yang disediakan dan tidak lagi memakir kenderaan berlapis seperti yang dilakukan sebelum ini.

Diharap penduduk menghargai kemudahan yang disediakan.

TEMPAT PARKIR YANG DISEDIAKAN INI ADALAH PERCUMA KEPADA PENDUDUK BLOK F SAHAJA. TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN