Perhatian kepada penduduk Blok F
Merujuk kepada mensyuarat bersama penduduk yang telah diadakan pada hari jumaat 18 Januari 2013 jam 9.30 malam, salah satu agenda telah diusulkan iaitu menggunakan sejumlah wang JMB bagi membangunkan tapak meletak kenderaan di kawasan tanah JAIS dimana kawasan tersebut telah diamanahkan oleh pihak JAIS kepada pihak JMB untuk diusahakan. Keputusan sebulat suara telah dicapai dimana penduduk yang hadir telah bersetuju bagi JMB meneruskan projek tersebut untuk kemudahan penduduk.
Untuk makluman, tujuan projek ini diusulkan, dipersetujui dan dijalankan ialah bagi memberi keselesaan kepada penduduk untuk memakir kenderaan masing-masing memandangkan kawasan meletak kenderaan yang sedia ada amat terhad dan menyebabkan laluan keluar-masuk terlalu sempit untuk dilalui.
Oleh yang demikian, kami mengharapkan penduduk memberikan kerjasama kepada pihak kami dengan memakir kenderaan di tempat yang disediakan dan tidak lagi memakir kenderaan berlapis seperti yang dilakukan sebelum ini.