Monday, July 22, 2013

Aktiviti Gotong-Royong Mengecat Lobi dan Lif



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba, aktiviti gotong-royong bagi mengecat kawasan lobi dan kedua-dua lif telah dijalankan pada hari sabtu dan ahad yang lalu (20/7/2013 & 21/7/2013). Atas ikatan ukhwah yang begitu kuat dan kerjasama yang diberikan, kerja-kerja mencantikkan kawasan lobi telah dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Tahniah kepada penduduk yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik. Diharap semua penduduk dapat merasa kelainan dan semangat raya dalam keadaan yang selesa.

Kami mengharapkan semua penduduk dapat menjaga harta bersama ini dengan memberi kerjasama iaitu tidak menconteng dan menampal sebarang iklan di dalam lif atau sekitar lobi. Sekiranya ada penduduk melihat aktiviti vandalisme yang dilakukan diharap dapat menghubungi AJK JMB untuk diambil tindakan. 





Monday, July 8, 2013

Majlis Kenduri Tahlil Arwah Sempena Ramadhan Al Mubarak


Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang hampir tiba, majlis kenduri tahlil arwah telah diadakan di tapak parkir bersebelahan bangunan Blok F pada hari sabtu bersamaan 6 Jun 2013 jam 9 malam. Selain doa selamat diadakan juga majllis tazkirah dan penyampaian ilmu oleh Ustaz Kamarudin (Imam surau Desa Mentari) kepada penduduk yang hadir.

Terima kasih kepada penduduk yang sudi menyumbang tenaga, wang ringgit, makanan dan minuman bagi menyempurnakan majlis ini. Diharap sumbangan ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah Taala.