Friday, November 22, 2013

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai


Gambar hiasan sahaja

Sempena cuti sekolah yang telah tiba, program berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak penduduk Blok F telah dirancang dan akan dijalankan pada hari sabtu bersamaan 23hb November 2013 jam 12:00 tengahari. Program ini juga mendapat sokongan penuh dari pihak ADUN Taman Medan iaitu Pn Hajjah Haniza Talha. 

Inisiatif yang diambil oleh kumpulan ibu-ibu dan wanita ini selain mengeratkan silaturrahim diantara penduduk, ianya juga merupakan program dan aktiviti bersama secara berterusan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni, tolong-menolong diantara satu sama lain dan ianya juga menjadi batu loncatan kepada perpaduan di dalam komuniti yang telah ada.

Diminta kerjasama dari penduduk bagi mengalihkan kereta di tempat meletak kenderaan yang akan diadakan aktiviti ini nanti. Ini bagi memudahkan kerja-kerja pemasangan khemah, meja dan kerusi serta gotong-royong dalam penyediaan makanan.