Wednesday, August 20, 2014

Sambutan Majlis Hari Raya 2014


Tarikh : 16 Ogos 2014
Masa : 9pm

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada penduduk yang sama-sama bergotong-royong dan hadir ke majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2014.

Majlis sambutan ini adalah aktiviti tetap JMB/Badan Bertindak Penduduk Blok F dengan tujuan beramah mesra diantara penduduk yang beragama islam dan bukan islam secara khususnya disamping mengeratkan lagi silaturrahim diantara penduduk secara amnya.

Terima kasih juga kepada penduduk yang bukan Islam yang sudi hadir bersama-sama meraikan majlis ini.

Klik gambar untuk Galeri Aidilfitri

Tuesday, May 27, 2014

Gotong Royong Membersihkan Persekitaran Bangunan

Memandangkan tibanya bulan Ramadhan tidak lama lagi, aktiviti gotong-royong akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan bertujuan bagi membersihkan sampah sarap domestik yang ada di dalam dan disekeliling bangunan.

Oleh itu, aktiviti tersebut akan diadakan seperti di bawah :

Tarikh : 1 Jun 2014
Hari : Ahad
Masa : 9am

Diharap kepada penduduk yang ada kelapangan dapat bersama-sama hadir dalam merealisasikan aktiviti ini agar kebersihan dan keharmonian dalam menjalankan urusan harian dapat ditingkatkan.

*Jamuan disediakan