Monday, December 10, 2012
Gotong Royong Baiki Jalan
Semalam bersamaan 9 Disember 2012 telah diadakan aktiviti gotong-royong bagi membaiki jalan yang berlubang disekeliling bangunan Blok F. Kerja-kerja bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari. Kami AJK JMB mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk yang hadir dan membantu menjayakan gotong-royong ini. Terima kasih juga kepada En Syeikh Mustafa dan Kak Uji kerana menyediakan sarapan pagi kepada penduduk yang hadir.
Wednesday, November 14, 2012
Happy Diwali dan Maal Hijrah
Kami AJK JMB ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Deepavali kepada penduduk beragama hindu yang mendiami kediaman Blok F Apartmen Medan Jaya yang disambut pada 13 November 2012 (Selasa). Dengan sambutan perayaan ini kami mengharapkan sinar harapan yang baru bagi bersama-sama penduduk yang lain bersatu-padu dan saling bantu-membantu merealisasikan kehidupan harian yang lebih ceria dan harmoni.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434 Hijrah kepada muslimin dan muslimat pada 15 November 2012 dengan harapan tahun baru Islam ini dapat kita bermuhasabah dan melihat ke dalam diri serta menilai adakah amalan-amalan yang telah dilakukan sebelum ini seiring dengan kewajipan yang telah ditetapkan atau sering melanggar arahan dan tuntutan. Marilah kita berazam untuk melakukan perubahan agar keazaman ini dapat kita laksanakan dengan mudah serta mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah Taala.
Thursday, September 6, 2012
MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2012
Tarikh : 8 September 2012
Masa : 9pm - 12pm
Tempat : Lobi Blok F
Bagi menceriakan suasana, penduduk digalakkan untuk hadir berpakaian lengkap Hari Raya serta membawa apa jua juadah bagi dihidangkan bersama. Insyallah selain menjamu selera, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh AJK JMB bagi menceriakan lagi suasana raya pada malam tersebut.
Monday, August 20, 2012
SELAMAT HARI RAYA 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,
Sempena Hari Raya Aidilfitri ini kami AJK Jawantankuasa Bersama Penduduk dan Pemaju (JMB) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI dan MAAF ZAHIR BATIN kami pohon kepada semua pemilik unit bangunan Blok D Apartmen Medan Jaya Fasa 1.
Kami juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan diantara kami semasa menjalankan kerja-kerja pengurusan bangunan. Diharap apa jua permasalahan yang timbul diantara pemilik dan JMB dapatlah diselesaikan melalui perbincangan dan musyawarah.
Kami mendoakan pemilik yang balik ke kampung selamat balik dan selamat pulang ke rumah masing-masing.
Sunday, August 5, 2012
Tempat meletak motorsikal sempena Hari Raya 2012
Kepada penduduk yang mempunyai motorsikal dan akan balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, JMB akan menyediakan tempat meletak motorsikal di dalam dewan bangunan Blok E bermula malam hari khamis 16 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Sila berhubung dengan pengerusi JMB iaitu En Azirul dan ajk JMB saudara Syed Mohsin untuk tindakan.
Wednesday, July 4, 2012
AWAS Kes kecurian motorsikal
Pihak JMB telah menerima banyak aduan berkenaan kehilangan motorsikal penduduk. Melalui keputusan mesyuarat AJK yang lalu, sebulat suara telah bersetuju untuk melantik pekerja keselamatan bagi mengawasi harta bangunan dan kenderaan penduduk. Untuk itu, sekiranya ada dikalangan penduduk yang ingin memohon bagi jawatan tersebut dapatlah menghubungi AJK JMB.
Untuk sementara waktu, kerja-kerja pengawasan sekitar bangunan akan dijalankan oleh En Syed dan rakan-rakan sehingga pekerja keselamatan dilantik secara kontrak.
Kami menasihatkan agar penduduk memastikan setiap kenderaan anda berkunci dengan pelbagai alatan pengunci. Ini bagi memastikan penjenayah tidak mudah mencuri dan melarikan kenderaan anda. Sekiranya ada penduduk mendapati seseorang yang mencurigakan dapatlah menghubungi AJK JMB dengan segera.
Untuk sementara waktu, kerja-kerja pengawasan sekitar bangunan akan dijalankan oleh En Syed dan rakan-rakan sehingga pekerja keselamatan dilantik secara kontrak.
Kami menasihatkan agar penduduk memastikan setiap kenderaan anda berkunci dengan pelbagai alatan pengunci. Ini bagi memastikan penjenayah tidak mudah mencuri dan melarikan kenderaan anda. Sekiranya ada penduduk mendapati seseorang yang mencurigakan dapatlah menghubungi AJK JMB dengan segera.
AWAS peragut makin berani!!
Satu kejadian ragut telah berlaku semalam 3 julai jam 6 petang membabitkan seorang penduduk tingkat 12 yang telah berlaku dihadapan klinik lina menyebabkan beg yang mengandungi barang milik peribadi dan wang telah dibawa lari oleh penjenayah menaiki motorsikal RXZ.
Kami menasihatkan semua penduduk mengambil perhatian perkara ini dan sentiasa berhati-hati ketika berjalan kaki. Sekiranya ada penduduk yang melihat kejadian tersebut dapatlah menghubungi AJK untuk tindakan selanjutnya.
Kami menasihatkan semua penduduk mengambil perhatian perkara ini dan sentiasa berhati-hati ketika berjalan kaki. Sekiranya ada penduduk yang melihat kejadian tersebut dapatlah menghubungi AJK untuk tindakan selanjutnya.
Monday, May 21, 2012
Kerja-kerja baiki tangki air
Untuk makluman kepada semua penduduk, kedua-dua blok Apartmen Medan Jaya telah diberi bantuan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah peruntukkan SKIM CERIA bagi membaiki tangki air yang bocor. Oleh itu, kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan oleh kontraktor yang dilantik seperti berikut :
Tarikh mula : 28 Mei 2012
Tarikh siap : akhir Jun 2012
Kerja-kerja pembaikan ini membabitkan tangki utama. Bagi kegunaan harian penduduk, tangki kedua akan digunakan semasa kerja-kerja tersebut dijalankan. Adalah diingatkan agar penduduk dapat menyimpan air bagi kegunaan kecemasan. Gunalah air sebaik mungkin dan elakkan pembaziran.
Tarikh mula : 28 Mei 2012
Tarikh siap : akhir Jun 2012
Kerja-kerja pembaikan ini membabitkan tangki utama. Bagi kegunaan harian penduduk, tangki kedua akan digunakan semasa kerja-kerja tersebut dijalankan. Adalah diingatkan agar penduduk dapat menyimpan air bagi kegunaan kecemasan. Gunalah air sebaik mungkin dan elakkan pembaziran.
Sunday, March 11, 2012
MEMO
Perhatian Pemilik Unit Kediaman Blok F,
Sebarang masalah atau
kesulitan berkenaan perkara tersebut hendaklah berhubung dengan AJK JMB.
Untuk makluman, pihak
pengurusan JMB telah melantik kontraktor untuk membaiki tangki air yang bocor.
Untuk itu kerja-kerja pembaikan akan dilakukan pada 14/15/16 March 2012. Bilik
pili bomba disetiap tingkat akan dibuka untuk kemudahan penduduk mengambil air. Sila guna kemudahan yang disediakan ini sebaik mungkin dan elakkan dari
pembaziran.
Tujuan kerja
pembaikan ini bagi mengurangkan kos utiliti yang ditanggung oleh JMB dan juga
masalah air resapan didalam dinding rumah ditingkat 15.
Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Sesi Penerangan
Kepada semua pemilik kedai dan unit kediaman, mesyuarat agung luarbiasa dan sesi penerangan berkenaan Peraturan Kediaman / Undang-Undang Kecil bagi Apartmen Taman Medan Jaya Fasa 1 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 1 April 2012 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bangunan Blok E
Tujuan diadakan sesi penerangan ini adalah untuk memberi penerangan kepada semua penduduk berkenaan undang-undang kecil yang akan dijalankan dan dikuatkuasakan oleh badan pengurusan JMB. Sekiranya ada penambahan, pindaan dan bantahan boleh diajukan di dalam mesyuarat tersebut.
Untuk makluman penduduk Blok F, agenda tambahan iaitu melantik AJK tambahan dari Blok D juga akan diadakan. Diharap semua penduduk dapat menghadirkan diri. Kerjasama dari semua penduduk amat kami perlukan agar setiap permasalahan berkenaan penyelenggaraan bangunan dapat diselesaikan oleh badan pengurusan JMB.
Tuesday, February 14, 2012
Aqiqah & Qurban
Semua pemilik kediaman yang beragama islam dijemput menyertai aktiviti tahunan bersama iaitu Program Aqiqah dan Qurban bagi tahun 2012M bersamaan 1433 Hijrah. Kadar bayaran yang telah ditetapkan untuk satu bahagian iaitu RM380. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Sdr Azirul Baharin (017-3224061) dan Sdr Abdul Rahman (012-3093173). Cara pembayaran boleh dibuat secara bulanan selama 10 bulan bermula pada bulan Januari 2012 atau bayaran penuh.
Sesi Penerangan Bersama Penduduk
Semua pemilik kediaman Blok F Apartmen Medan Jaya dijemput hadir ke sesi penerangan dan maklumat terkini berkenaan pengurusan JMB seperti berikut :
Tarikh : 25 Februari 2012
Hari : Sabtu
Jam : 9 malam
Tempat : Dewan bangunan blok E
Segala pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan semasa sesi penerangan berlangsung.
Tarikh : 25 Februari 2012
Hari : Sabtu
Jam : 9 malam
Tempat : Dewan bangunan blok E
Segala pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan semasa sesi penerangan berlangsung.
Mesyuarat JMB
Mesyuarat susulan JMB akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 15 Februari 2012
Jam : 3 petang
Tempat : Pejabat pemaju Sri Era
Pemilik kediaman yang mempunyai kelapangan masa dijemput hadir.
Tarikh : 15 Februari 2012
Jam : 3 petang
Tempat : Pejabat pemaju Sri Era
Pemilik kediaman yang mempunyai kelapangan masa dijemput hadir.
Thursday, January 12, 2012
Alhamdullillah akhirnya jawatankuasa JMB yang telah dilantik telah mula menjalankan kerja-kerja pengurusan dengan bantuan dan kerjasama dari rakan-rakan yang lain. Terima kasih kepada pemilik unit yang telah mula membayar yuran penyelenggaraan untuk bulan Januari 2012. Kutipan setakat ini dalam 70% dimana masih lagi dibawah KPI yang telah ditetapkan iaitu 80% dari jumlah penduduk. Untuk mencapai jumlah yang disasarkan, JMB akan cuba membuat kutipan dari rumah kerumah bagi pemilik yang enggan membayar yuran tersebut.
Atas keprihatinan dan idea yang diberikan, beberapa perkara berkenaan penyelenggaraan serba sedikit dapat dilaksanakan walaupun JMB bermula tanpa modal atau wang pusingan.
Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang telah diselesaikan :
Atas keprihatinan dan idea yang diberikan, beberapa perkara berkenaan penyelenggaraan serba sedikit dapat dilaksanakan walaupun JMB bermula tanpa modal atau wang pusingan.
Antara kerja-kerja penyelenggaraan yang telah diselesaikan :
- Membaiki kedua-dua lif agar dapat berfungsi sebelum musim persekolahan bermula.
- Membaiki masalah lampu disetiap laluan tingkat dan tangga yang tidak mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Membaiki masalah paip bocor yang menyebabkan air melimpah ke tangga dan lif.
Kerja-kerja pembaikan yang masih lagi dalam proses iaitu :
- Membaiki kedua-dua tangki air yang bocor (pembaikan akan dibuat oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan negeri selangor).
- Membaiki kebocoran paip kumbahan (pembaikan akan dibuat oleh pemaju).
Kerja-kerja susulan dengan majlis bandaran :
- Kerja-kerja pembersihan sampah dijalan keluar-masuk disekitar bangunan Blok F
- Kerja-kerja pembersihan sampah dan pemotongan rumput di taman permainan
- Kerja-kerja semburan nyamuk
- Kerja-kerja kutipan sampah domestik
- Kerja-kerja menurap jalan keluar-masuk (berlobang)
Subscribe to:
Posts (Atom)