Pihak JMB telah menerima banyak aduan berkenaan kehilangan motorsikal penduduk. Melalui keputusan mesyuarat AJK yang lalu, sebulat suara telah bersetuju untuk melantik pekerja keselamatan bagi mengawasi harta bangunan dan kenderaan penduduk. Untuk itu, sekiranya ada dikalangan penduduk yang ingin memohon bagi jawatan tersebut dapatlah menghubungi AJK JMB.
Untuk sementara waktu, kerja-kerja pengawasan sekitar bangunan akan dijalankan oleh En Syed dan rakan-rakan sehingga pekerja keselamatan dilantik secara kontrak.
Kami menasihatkan agar penduduk memastikan setiap kenderaan anda berkunci dengan pelbagai alatan pengunci. Ini bagi memastikan penjenayah tidak mudah mencuri dan melarikan kenderaan anda. Sekiranya ada penduduk mendapati seseorang yang mencurigakan dapatlah menghubungi AJK JMB dengan segera.
1 comment:
Semua penduduk diminta memberi kerjasama dengan memberikan nama penuh , no. kenderaan( motorsikal atau kereta ), no. rumah kepada AJK JMB sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini keatas kenderaan atau kediaman penduduk.
Post a Comment